19.5.2009- Berpeluang memancing di perairan Kukup. Begitu hampir dengan Tanjung Piai. Dari laut semasa memancing dapat lihat feri berulang alik. agak gusar feri melanggar bot kami, tetapi tekong handalan kerap kali meyakinkan. Sebelum ini pernah memancing di tepian Tanjung Piai. Kali ini menggunakan bot, kami memilih Kukup sebagai lokasi untuk mencuba nasib. Berbekalkan umpan udang, sotong hidup serta
wat-wat sarung yang dicari sendiri ketika air surut. Hanya umpan udang yang diragut. Hasilnya pada hari itu kami membawa pulang gelama, duri, sembilang dan pari. Menjelang petang kami pun pulang.Menjelang malam terus tersengih kerana masih terasa sentapan pari.


FOTO OLEH : SYAIDUL AZAM KAMARUDIN
LOKASI : KUKUP, JOHOR DARUL TAKZIM
4 comments:
Azam,
Kali terakhir buat program rasmi di Tanjung Piai dan Kukup pada April 2007, terakhir secara tidak rasmi ke sana jika tak silap pada November 2008 yang lepas... mungkin ada satu program dalam perancangan PPJ untuk ke Pulau Pisang, Pontian pada 6 - 7 Jun 2009 ini... mungkin anda boleh turut serta...
Azam,
boleh la bawa aku memancing di Johor. Baru je balik dari Kuala Pahang.
Dapat byk ikan ke?
Macam best je... Tapi mesti kena byk sabarrrrrrrrrrr.... heheee...
*Yup, we are so happy having another family in the house.
Salam AZAM,
Mancing dah banyak tempat, bila lagi kami boleh baca puisi tentang mancing nih! Sambil-sambil tunggu ikan sentak batang rod, tak kan tak boleh tulis puisi kot!
Post a Comment