Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

21.5.09

Memancing di Kukup

19.5.2009- Berpeluang memancing di perairan Kukup. Begitu hampir dengan Tanjung Piai. Dari laut semasa memancing dapat lihat feri berulang alik. agak gusar feri melanggar bot kami, tetapi tekong handalan kerap kali meyakinkan. Sebelum ini pernah memancing di tepian Tanjung Piai. Kali ini menggunakan bot, kami memilih Kukup sebagai lokasi untuk mencuba nasib. Berbekalkan umpan udang, sotong hidup serta wat-wat sarung yang dicari sendiri ketika air surut. Hanya umpan udang yang diragut. Hasilnya pada hari itu kami membawa pulang gelama, duri, sembilang dan pari. Menjelang petang kami pun pulang.Menjelang malam terus tersengih kerana masih terasa sentapan pari.





FOTO OLEH : SYAIDUL AZAM KAMARUDIN
LOKASI : KUKUP, JOHOR DARUL TAKZIM

4 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Azam,
Kali terakhir buat program rasmi di Tanjung Piai dan Kukup pada April 2007, terakhir secara tidak rasmi ke sana jika tak silap pada November 2008 yang lepas... mungkin ada satu program dalam perancangan PPJ untuk ke Pulau Pisang, Pontian pada 6 - 7 Jun 2009 ini... mungkin anda boleh turut serta...

RAR said...

Azam,
boleh la bawa aku memancing di Johor. Baru je balik dari Kuala Pahang.

4 Kay-E said...

Dapat byk ikan ke?
Macam best je... Tapi mesti kena byk sabarrrrrrrrrrr.... heheee...

*Yup, we are so happy having another family in the house.

Azhar Salleh said...

Salam AZAM,
Mancing dah banyak tempat, bila lagi kami boleh baca puisi tentang mancing nih! Sambil-sambil tunggu ikan sentak batang rod, tak kan tak boleh tulis puisi kot!

Arkib