Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

17.1.09

Lagu DBP

Tiada yang dapat menggambaran rasa cintaku terhadap organisasi yang satu ini. Sekian banyak cabaran yang dilaluinya, ia banyak mendewasakan dan mengilmukan. Aku sering menghayati lirik ini yang ditulis oleh Sasterawan Negara Usman Awang. Aku takkan berundur dari memartabatkan Bahasa Kebangsaan!

Dewan Bahasa tenaga jiwa bangsa
Nama dari suatu sejarah
Api dari suatu zaman
Kesaktian lidah rakyat

Dewan Bahasa kau obor kebangsaan
Restu dari jiwa pahlawan
Nyala membakar semangat rakyat
Kau abadi dan keramat

Dipayungi langit tanah air
Diusap angin pantai permai
Dilindungi pohon nan menghijau
Dijunjung tanah tempat berpijak

Dewan Bahasa tenaga jiwa bangsa
Nama dari suatu sejarah
Api dari suatu zaman
Obor semangat nan abadi.

Lagu : Saiful Bahri
Seni Kata : Sasterawan Negara Usman Awang

1 comment:

Anonymous said...

salam..apa khabar orang sana?saya tabik sangat kat encik azam sebab encik azam benar-benar cintakan kerjaya dan organisasi sendiri.bukan macam dia tu..aduhai..kalaulah encik azam masih kekal di kota bharu,tentu bengkel/kursus dbp akan bertambah kecoh..emm..sesekali tegas cam di sudara beach resort setahun kelmarin,apa salahnya kan..huk..huk..komenlah juga blog saya,encik azam oiiii..

Arkib