Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

15.1.09

Kembali belajar.

Setelah DBP meluluskan permohonan pertukaran saya yang dipohon sekian lama itu, Inilah satu lagi kelulusan pihak pengurusan yang sangat menggembirakan. Berjaya dalam temuduga Skim Hadiah Latihan DBP Peringkat Sarjana dengan cuti belajar selama 2 tahun.

Setelah berurusan berkali-kali dengan Sekolah Pengajian Siswazah UPM akhirnya saya berjaya mendapatkan tempat pengajian pada semester ini juga. Ialah perpindahan rumah dari KB-JB menjadikan saya tidak menerima sebarang maklumat yang dikirimkan melalui pos. Setelah mendapatkan surat rasmi tajaan dari DBP, saya dibenarkan mendaftar. Alhamdulillah minggu lalu telah mula mengikuti sesi kuliah. Kampus hijau, aku kembali ke sini dengan segugus kenangan musim lalu yang masih ranum. Ya, belajar proses seumur hidup.

2 comments:

Sham al-Johori said...

Tahniah tuan 'intermeso'. teruskan perjuangan. singah dan jengehlah saya selalu. sebumbung dan setanah rasanya mendekatkan kita lagi. amin.

sahrunizam abdul talib said...

Tahniah sdr azam. Moga berjaya bergelar sarjana 2 tahun lagi.Itulah namanya rezeki

Arkib