Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

18.12.08

Buat Rossem

-PAK ROSSEM


-Karikatur saya yg dilukis oleh PAK ROSSEM
Semasa jamuan perpisahan yang dianjurkan Persatuan Penulis Kelantan (PPK), Kartunis ROSSEM menghadiahi karikatur karyanya kepada saya. Karikatur hasil seni yang sangat bernilai. Saya adalah pengagumnya. Terima kasih kepada PAK ROSSEM.

Telusurlah pemikiran beliau dalam karya-karyanya yang serba lain. Karya beliau telah menjelajah akhbar sejak 1970-an lagi dengan ‘Konstabel Jabit’ dan ‘Pak Din Pencen’. Menghayati karya beliau dapat mencetuskan ilham dari sisi yang lain.

Memang Kelantan bukan hanya ramai dengan penulis-penulis hebat yang sudi didampingi dan bersahabat. Tetapi ia sebuah daerah yang penuh dengan pengkarya. Jiwa seni mereka amat halus. Aku berazam agar dapat berperahu di sungai semangat mereka yang terus-terusan mengalirkan kreativiti.

Pantun ini khas buat PAK ROSSEM:

Burung undan terbang sepuluh,
Anak merbah disangka murai;
Walaupun badan terbuang jauh,
Hanya berpisah bukan bercerai.

Hujan rintik gugur ke laman,
Waktu zuhur hari pun redup;
Rupa cantik bukan jaminan,
Budi yang luhur imbangan hidup.

Angin selatan tiup berdengung,
Membawa rintik membasah taman;
Meredah lautan mendaki gunung,
Budimu tuan dalam ingatan.

No comments:

Arkib