Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

19.1.09

Seorang penyair telah pergi...

1. Tuan Haji Sazalee Hj. Yaacob merupakan seorang penyair yang penting di negara ini. Sepanjang saya di Kelantan beliau pernah memenangi sayembara penulisan puisi yang dianjurkan oleh DBP Wilayah Timur, selain itu beliau juga seorang deklamator, penggiat teater dan sastera yang gigih. Kali terakhir bersama-samanya adalah ketika kami menjadi hakim Sayembara Deklamasi Puisi Sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara (2008) yang lalu.

Beliau kembali kepada pencipta kira-kira pukul 6.50 pagi, 18 Januari 2009 (Ahad), pada umur 47 tahun, 11 hari setelah pulang dari tanah suci. Al Fatihah.

2. e-mel Tuan Haji Sazalee yang diterima melalui pesisir@yahoogroup.
Assalamualaikum semua teman-teman. saya sekarang berada ditanah suci
sejak 22hb.November lalu melalui KT64 berlepas dr KTrg. Kepada teman2
yang mengunjungi, saya mengucapkan beerbanyak-banyak terima kasih.
Kepada yang tidak sempat bertemu saya memohon maaf segalanya. Disini
saya menemui Pak Samad Said dan isterinya. Sekian, wassalam


3. Sazalee bin Yacob

Nama : Sazalee bin Yacob
Nama Pena/Samaran : Sazalee Yacob
Tarikh Lahir : 26 Jun 1961
Tempat Lahir : Kota Bharu, Kelantan
Bidang Penulisan : Puisi, artikel, dan berita
Hasil Karya : Antologi Puisi Huruf Tenggala
Pekerjaan :
Alamat Rumah : 5184, Kampung Badak Mati,
16150 Kota Bharu, Kelantan.
Telefon :
E-mel :
Persatuan yang Dianggotai : Persatuan Penulis Kelantan (PPK)

1 comment:

Chillicorn and Associates said...

Pembetulan:Tuan Haji Sazalee Yacob telah kembali ke RahmatuLLAH pada 18 Januari 2009 bersamaan 22 Muharram 1430, dikebumikan pada jam 6.15 ptg. di Tanah Perkuburan Kg.Tepus,Bachok .Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.

Arkib