Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

14.8.08

...

MERDEKA

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KEPADA MEREKA YANG MENGASIHI BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR. MARILAH KITA SAMA-SAMA BERJUANG MARTABATKAN BANGSA, AGAMA, TANAH AIR SERTA BAHASA KITA!

Penyanyi Tanpa Album

Sekarang ni bersepah-sepah penyanyi. Nak kira bakat tu memang la berbakat sebab menang realiti TV. Bukanlah kita ni ikut sangat perkembangan mereka. Sekadar tengok-tengok bolehla...

Kalau dulu nak jadi penyanyi atau artis berkumpulan. Jerih perihlah buat lagu dulu. Buat album. Biasanya album itulah identiti yang akan dibawa. Sama ada rock, pop atau sebagainya. Lihat sahaja SEARCH. Mereka mampu mencipta lagu sendiri yang pastinya bernafas rock dan agak keras. Samalah juga dengan kumpulan-kumpulan rock dulu yang boleh mencipta lagu sendiri untuk album mereka antaranya WINGS, MAY, CROSSFIRE, MASA dan banyak lagi. Lagu karya mereka juga hebat dan sedap didengar sehingga ke hari ini.

Kini, menjadi penyanyi atau artis sekadar menyanyikan lagu-lagu yang pernah popular. Ataupun senang bicara lagu-lagu orang lain. Lagu penyanyi lain. Mana lagu mereka? Pada saya mereka bukanlah penyanyi yang boleh dibanggai. Maaf cakap saya mengelaskan mereka penyanyi yang entah apa-apa.

No comments:

Arkib