Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

8.8.08

Monodrama Lagi

Assalamualaikum. Hari ini hari Jumaat. Kelantan cuti hari ini. beberapa persiapan diatur untuk persembahan monodrama Rebab Berbisik dan Pulau-Pulau di Dewan Seminar DBP Wilayah Timur esok. Beberapa pengubahsuaian di Dewan seminar telah hampir siap sesuai untuk pementasan monodrama berskala kecil. Gembira di hati kerana dapat juga meyakinkan dan mempengaruhi bos untuk menyediakan kelengkapan yang termampu dalam keadaan perbelanjaan berhemat kini. Bersama ini saya paparkan beberapa promo untuk pementasan ini semuanya hasil buah tangan rakan seperjuangan Encik Sharrul Rizal. Terima kasih. Nanti ambo belanjo teh beng + nasi berlauk deh...

Poster

Kemeja-T(Belakang)

Kemeja -T=(Depan)

No comments:

Arkib