Aku merenung seorang petani dan buruh. Latar belakang keluarga saya juga begitu hampir dengan kesusahan. Apabila berbicara tentang susah-senang ianya subjektif. Hanya kita sendiri tahu setakat mana susah dan senangnya kita. Ada orang kata susah hidupnya dulu. Tapi saya lihat taklah sesusah manapun. Ada orang kata dia sibuk. Pada saya tak sibuk pun. Buat buat sibuk adalah. Ada orang kata dia pejuang bahasa. Pejuang sastera, pejuang budaya, pejuang seni, pejuang itu dan ini. Cakap sahaja bolehlah. Tengok sahajalah apa yang mereka buat.
Apabila kita susah macam-macam nasihat yang mak bapak kita beri. Terutama pasal perkara-perkara yang kita telan masuk dalam perut. Yang betul-betul melekat dalam hati ialah jangan ambil hak orang lain. Ambik hak orang lain itu sama macam mencuri kata emak. Masa kecil bila tengok buah jambu di halaman orang teringin nak makan. Tetapi nak minta-minta tak sanggup. Simpan sajalah. Apabila besar. Dah bekerja dan bermasyarakat konsep jangan ambil hak orang lain itu lebih menyeluruh dan dapat dikaitkan dengan berbagai-bagai perkara. Termasuklah jangan gila atau tamak kuasa. Apabila gila dan tamak kuasa semua perkara orang sangup buat termasuklah pecah amanah, pijak kepala kawan-kawan dsb.
Saya tersentuh benar melihat situasi ini. Lihat buruh pulang dari tapak binaan. Dengan pakaian tercemar. Keringat dan tenaga yang telah diperah seharian. Keletihan berbayang di mata mereka. Ditangan memegang plastik berisi sayur dan ikan untuk bekalan makanan keluarga di rumah. Entah berapa pula anak-anaknya di rumah. Entah lima, Entah sepuluh. Tapi itulah rezeki yang diperoleh untuk hari itu. Dengan jalan halal dan murni. Saya tabik hormat pada manusia jenis ini.
Sedang dunia hari ini kian terbongkar dengan bapak-bapak rasuah yang buncit perut menelan itu dan ini. Demi ringgit.
Mari berjuang kita tentang birokrasi! Berjuang kita tentang hipokrasi! Berjuang kita tentang kepura-puraan! Berjuang kita menegak kebenaran!
4 comments:
salam ziarah from Dublin.. :)
Salam, abg Azam. Kumpulan puisi saya Menggeledah Nurani dah terbit. Boleh tengok di http://gklnpublishinghouse.blogspot.com
Ogos saya balik terengganu, dan kelantan. Kalau sempat boleh jumpa nanti. :)
Hayakallah,
Petani di ladang,
penat membanting,
rehat sekali,
sibuk selamanya.
ungkapan 'biasa la nak hidup' bila kita buat something like makan rasuah or mencuri or ambek hak orang or menipu. adakah wajar kita mengungkapkannya??
Post a Comment