22-24 Julai 2008 Bertempat di Kem Saujana Asahan Melaka, saya salah seorang peserta bagi kursus tersebut. Pertamanya terima kasih kepada pihak pengurusan yang memilih saya. Berbagai-bagai spekulasi timbul dengan judul kursus ini. Pada saya, kandungannyalah yang penting.
Secara jujur terdapat banyak ilmu tambahan dalam kursus ini. Biarpun banyak dari modul yang dipersembahkan telah pernah saya ikuti sebelum ini dalam siri-siri kursus terutama semasa dalam pergerakan pengakap diraja. Sebagai pemimpin dalam pergerakan itu, kami pernah menjalankan modul aktiviti luar yang hampir sama dan tidak keterlaluan saya katakan ianya jauh lebih sukar. Namun dalam kursus ini ada elemen pengubahsuaian di mana-mana bahagian yang menjadikannya lebih menarik. Sebagai orang yang masih baru dalam DBP (7 tahun perkhidmatan) saya lebih banyak memerhati dan berkritis. Menerima yang baik untuk diresapi dan membuang yang buruk untuk disingkir dari lubuk hati.
Bergerak dari Melaka pukul 3 petang sampai di DBPKL dengan bas DBP lebih kurang pukul 8 malam. Terus ke Kota Bharu dan sampai di Kota Bharu pukul 6.30 pagi. 26-27 Julai berlangsung Sayembara deklamasi Puisi BBSN, 1 Ogos Majlis Baca Puisi BBSN, 3 Ogos Pelancaran BBSN Peringkat Wilayah Timur, 9 Ogos Pementasan Monodrama Rebab Berbisik dan Drama Pulau-Pulau. 26 Ogos Malam Apresiasi Puisi Ramadan. Di samping proses rakaman drama radio di RTM yang bakal dipersembahkan sepanjang Ramadan.

No comments:
Post a Comment