Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

16.7.08

CatatanPinggir

Beberapa minggu lalu laptop mengalami kerosakan. Terpaksa diformat semula. Sayangnya beberapa dokumen penting, draf-draf sajak yang belum matang, idea-idea untuk penulisan, tulisan dan rencana juga turut hilang. Disamping itu, beratus-ratus keping gambar yang saya ambil tersimpan dalam cakera kerasnya juga musnah.
Mengambil gambar hobi saya yang diperbaharu. Apabila berkesempatan memiliki NIKON D60 minat mengambil gambar jadi bertambah membara. Ianya hanya model kamera yang biasa dan agak murah. Namun saya amat gembira memilikinya dengan hasil pendapatan sendiri. Yang dikumpul sedikit-sedikit. Dengan bantuan rakan saya membina laman fotopages. Tidak lain untuk mendapatkan info, pandangan serta panduan daripada rakan FP tentang fotografi.
Apabila diformat, sambungan internet di rumah juga mengalami berapa kesulitan. Akibatnya lama juga laman FP dan BLOG tidak ada entri yang baru. Sedaya mungkin saya mendisiplinkan diri untuk hanya menambahkan entri baik dalam FP dan BLOG hanya ketika berada di rumah. Biasanya cuti hujung minggu waktu yang sesuai.

No comments:

Arkib