Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

9.9.07

Tragedi dan Puisi Dewan Sastera

i) TRAGEDI
Lama tidak kemaskinikan blog ini. Pastinya ada tragedi yang terjadi pada waktu selama itu. Sebenarnya ada peristiwa yang perlu kita simpan dan ada peristiwa yang perlu kita papar. Perkara-perkara TERLALU PERIBADI yang lebih wajar kita simpan di album padaku tidak layak dikongsi dengan semua orang. Orang juga tidak suka kepada karya dan paparan peribadi. lainlah kalau orang itu busy body. Dengan hasrat membuang segala keserabutan minda. Aku balik kampung lagi minggu lepas. Aku memancing. Ditempat biasa juga iaitu di depan Kellis Castle Gopeng. Agak jauh jugalah dari rumah. Namun apabila sampai di situ hujan turun lebat. Aku teruskan juga hasrat dan niat yang dibawa dari Kelantan itu. Pakai baju hujan dan kenakan umpan. Memancing sampai Maghrib. Dapat dua ekor Lampam.
ii) SAJAK DEWAN SASTERA (Sept. 2007)
Sajak Pertemuan
Bermulanya kelat ratapan
pada sebuah perpisahan
berakhirlah manis igauan
dalam pertemuan.
Syaidul Azam Kamarudin
Kota Bharu Kelantan.

1 comment:

Fahd Razy said...

Tahniah untuk puisi di Dewan Sastera. Salam Ramadhan al Mubarak

Arkib