

Dua naskhah buku puisi yang dicetak offset sempena kegiatan sastera DBP Wilayah Timur tahun ini. Buku Malam Puisi Air hanya memuatkan puisi bertemakan alam sekitar sementara Madrasah Kebenaran memuatkan puisi, cerpen dan khat peserta yang memenangi pertandingan Menulis Puisi, Cerpen dan Khat Anjuran DBPWT dan MAIDAM Terengganu. Terdapat juga ulasan panel hakim. Untuk genre cerpen oleh Dato' Anwar Rethwan, genre puisi Puan Zurinah Hassan dan Khat oleh Ustaz Sidek Mamat. Buku ini diedarkan PERCUMA kepada kerabat dan rakan-rakan sastera.
No comments:
Post a Comment