Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

12.8.07

Kita ini mil;ik Tuhan, Sampai waktu kita akan kembali



Abdul Hadi, Syaidul Azam, Mustaffa Jusoh


Dalam kalangan rakan penulis nama Mustaffa Jusoh tidak perlu diperkenalkan lagi. (penyair, pelakon, deklamator, penggiat teater dari Kelantan) Hampir setahun beliau mengidap kanser gusi. Sepanjang waku itu berbagai-bagai ikhtiar dibuat untuk meringankan beban beliau. Beliau pernah terlibat dengan beberapa pementasan teater perdana seperti Imam, Tuk Kenali, Berkasidah Bersajak anjuran DBP Wilayah Timur. Beliau juga pernah mengikuti program kembara Bahasa 2004.

Kali terakhir beliau turut serta dalam pertandingan deklamasi puisi kemerdekaan adalah pada tahun 2006, namun tumpas di peringkat saringan di DBPWT, yang pada ketika itu aku menjadi salah seorang hakim. Persembahan puisi terakhir beliau pula adalah semasa MALAM APRESIASI PUISI RAMADAN di Gelanggang Seni juga pada tahun 2006. Kami bersahabat dan terus berkirim SMS bertanyakan kesihatannya. Namun hari-hari selepas pembedahan, beliau semakin lesu dan aku tidak menerima sebarang berita peribadi daripadanya. Dalam beberapa ziarah ke HUSM beliau hanya memejamkan mata (tidur). Dan aku juga tidak mahu mengejutkannya kerana bimbang beliau akan banyak bicara.

Entahlah terlalu banyak untuk diceritakan disini. Semasa berkunjung buat kali terakhirnya, sebelum beliau disemadikan aku melihat begitu banyak piala2 deklamasi puisi yang telah diraih. Diruang perbaringannya itu beliau pernah memelukku dengan linangan air mata. Begitulah dekatnya beliau dengan DBPWT. Al Fatihah.

No comments:

Arkib