Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

13.6.07

Perjalanan Kereta Api Malam


Suasana perjalanan dengan kereta api malam. Aku terhimbau nasib bahasaku. Setelah kini bahasa Melayu (Bahasa Malaysia?) mengalami nasib paling hina. Segelap malam inikah bakal yang kita lalui atau lebih parah dengan serangan api dan peluru. Darah dan air mata?

Aku selalu menulis puisi menintakan yang hebat-hebat perihal bahasa bondaku. Ianya bernaskhah dalam hati. Biarlah apa pun, bahasa adalah semangat dan sejarah. Adalah asal usul dan perjuangan. Alangkah hinanya manusia yang melupakan asal usul keturunannya. Seperti anak yang melupakan ibu bapanya. Bukankah mereka derhaka?

Aku rindukan Keranda 152.


Berdoalah aku agar nasib bahasaku kembali terbela dan menemui benderang cahaya. Seperti dari jendela kereta api di waktu pagi. Setelah tamat malam yang pekat ia kembali menyinar.

No comments:

Arkib