Apakah yang sering kita harapkan dari seorang abang, kakak dan saudara mara juga handai taulan? Jika ditanya padaku yang paling-paling aku harapkan adalah nasihat ikhlas daripada mereka dalam melalui perjalanan dan lorong hidup yang berliku ini. Selain itu, aku tak minta apa-apa. Tapi ada orang benci pada nasihat. Itulah sifat ego yang harus dikikiskan.
Dulu aku pernah kena tipu. RM 4,000.00 sahaja. Tapi mula-mula dulu fikir macam nak marah. Ialah dengan gaji bulanan nak simpan duit 4 ribu setahun pun amat susah. Tahu-tahu sekelip mata hilang begitu sahaja. Semuanya kerana kita amat mempercayai orang. Rupanya tidak semua orang seperti kita... dan ramai yang mengambil kesempatan dengan cara haram.
Aku dalam keadaan buntu ketika itu menyatakan kegusaran kepada abang dalam perjalanan dengan kereta. Abg ketika itu baru selesai kerja. Membaiki pendingin hawa pejabat. Balasan abang amat mudah.
“Jangan haraplah duit tu nak dapat balik. Dan tak payah fikir-fikir lagi. Aku kena tipu dekat 60 ribu. Percayakan kawan. Bukak Bisnes. Last-last aku kene tanggung hutang muflis. Hidup kita tak lama. Umur aku dah 43. Tolak masa kita tidur, tolak masa kita sakit, tolak masa kita berkenderaan, berapa jam lagi sahaja milik kita sebelum kita mati.”

Kini aku berjaya memadamkan ingatan itu biarpun tidak seratus peratus. Buat sang Penipu, di akhirat nanti carilah aku dan abang di mahsyar untuk perhitungan redha menghadap Allah.
No comments:
Post a Comment