Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

11.6.07

DARI SEORANG AYAH KEPADA SEORANG MURID

Seorang ayah datang menemuiku
memperkenalkan namanya Subhi
yang ketika itu, aku masih
menunggu peluang menjadi seorang guru
di sebuah sekolah.

katanya:
“Saya tengah sesak. Anak-anak di rumah masih belum makan. Tujuh-tujuh anak masih sekolah. Tak makan tak apa, sekolah anak macam mana.”

Aku naik ke rumah
memberi beberapa kertas merah
tanpa mengharap supaya bayar semula
dan dia menerimanya dengan hati paling rela.

.....

Seorang murid datang menemuiku
memperkenalkan namanya Khairani Binti Subhi
yang ketika itu aku telah berjaya menjadi
seorang guru bahasa di sebuah sekolah menengah.

katanya:
“Saya tak tahu tulis baca. Bimbing saya cikgu…”
matanya berkaca dan menundukkan muka
wajah rentung Pakcik Subhi
tercetak di kotak kepala!

Syaidul Azam Kamarudin
Parit, Perak Darul Ridzuan
2001

No comments:

Arkib