Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

29.12.06

SEARCH 25 TAHUN

Aku menggilai muzik. Biarpun ada kawan-kawan menunjukkan apresiasi itu dengan mengunjung konsert sebaliknya pula bagi aku. Aku tidak pernah ke konsert. Jika ada rakaman barulah aku belajar dan meneliti keindahan serta penghayatan dalam sesebuah persembahan. Aku mengkagumi kemahiran Kid dan Din yang bisa memainkan apa jua solo lagu dengan begitu lancar dan indah. Sampai sekarang pun aku tak mampu memainkan solo lagu Fantasia Bulan Madu dan kejora dengan selengkapnya. Biarpun kini Kid dan Din digugurkan dari Search aku sebenarnya lebih mengharapkan mereka kembali semula ke pangkuan kumpulan rock terhebat tanah air ini. Ada nostalgia luka dalam nama kumpulan muzik SEARCH terhadap diriku. Aku ingin mengakhiri kenangan airmata zaman kanak-kanak itu tetapi selalu gagal. Ia terus abadi biarpun jiwaku ketika itu terlalu kecil meronta dalam siksa.

Apabila terdengar lagu Mentari Merah di Ufuk Timur,Langit dan Bumi dan Mencari Sebuah Nama yang muziknya agak keras itu, aku sebaliknya dibayangi kesyahduan dan airmata...

Sekitar kekaguman persembahan SEARCH dalam konsert.

No comments:

Arkib