Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

3.1.07

Kampung ingatan

Ketika ini aku di kampung. Berlainan suasana. Gembiranya apabila berpeluang menghirup udara segar di ruang subuh dengan kedinginan.
Tahun lepas aku tidak berpeluang memenuhi sebarang kegiatan sastera di KL, Pulau Pinang ataupun di Johor Bahru sekalipun begitu banyak undangan yang aku terima (Terima kasih juga kepada sdr. Rusdi Abdul Rahman DBPWS kerana undangan anda yang terlalu banyak!) Kerana memenuhi kerja hakiki, peluang yang bernilai itu terpaksa di simpan di ingatan sahaja...oleh itu kini aku mengambil cuti yang agak panjang juga untuk berehat bersama-sama keluarga. Lagipun aku ingin meneruskan rutin hidup,berkunjung-kunjungan. Ia adalah tanda ingatan dan semoga ikatan persaudaraan yang terbina akan terus kekal selama-lamanya...

No comments:

Arkib