Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

26.12.06

“Cakera waktu pantas bagai bersayap”




Seperti yang dirancangkan Program Pementasan Teater Monolog dan Drama sebabak, Kerjasama DBPWT dan DBPWS telah sempurna dilaksanakan pada 23.12.06. Sebelah petang berlangsung juga sesi Wacana Teater. Panel ialah Saudara Khalid Salleh, Aktivis Teater dan Encik Halimi Mohamamed Noh, Pensyarah Pusat Pengajian Seni USM. Sebelah malam program Apresiasi Seni dan Sastera berlangsung di Kampung Jal, Kok Lanas Kelantan. persembahan sketsa dan wayang kulit dengan penampilan istimewa Dato’ Hashim Yaakob (UM) sebagai tok dalang.

Semuanya berjalan baik walau sesekali gerimis membasah bumi Kelantan.

Selamat Pergi 2006 dan selamat hadir 2007. Berapa gunung lagi harus kudaki, Berapa puncak lagi harus ditawani, hingga sampai hajat dihati ini...

No comments:

Arkib