Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

20.12.06

Dedikasi

Terima kasih kepada rakan taulan dan saudara mara yang sudi mengunjung kami di Kelantan. Berziarah dan melawat. Ada yang sanggup datang dari hujung selatan tanah air yang hampir ke singapura itu, dan bertandang ke hujung timur tanah air yang begitu hampir juga dengan Thailand ini. Mulanya aku menyangka kami bersendiri sahaja di sini. Tapi Alhamdulillah sehingga semalam, setelah hampir 2 minggu lebih kelahiran Insanul Iman masih ada ramai yang berkunjung dan berziarah. Mengembirakan kami dengan semangat serta ingatan persabahatan dan persaudaraan. Persis suasana indah malam-malam marhaban yang mesra.

Dalam kejauhan, keenakan ikatan persaudaraan yang tak pernah melelahkan. Menjadi cermin kebahagian. Kepada seorang aku yang tak punya apa-apa...

No comments:

Arkib