Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

8.12.09

Sajak : Pintu Kalbu

Demi sesuatu
yang Kau-campakkan dalam kalbu ini
aksaranya duga
merintih mendamba
bacalah kau dan aku
dengan tajam pandangan mata kalbu.

Dunia fana
terlalu sempit untuk memahami
akan titis agung cinta-Nya
yang kucari tiada kekal abadi
disini kebenaran seakan meluput
berubah segalanya menjadi dusta.

Kata guruku
duniawi selembar perjalanan
mencari kemenangan
ketulusan kian tewas
setelah kehidupan memilih diri kepentingan
meyatimkan keinsanan
demikian di kamar pengadilan
kemenangan membeli kebenaran.

(demi sesuatu) pun sekecil zarah yang bergerak
Kau-pemilik mutlak segala kekuasaan
mendetikkan rasa kalbuku (demi sesuatu).

Kau-condongkan kalbuku kepada kesesatan, jangan
setelah Kau-nyalakan sumbu pedoman.

Tuhanku,
berilah detik rasa ilham ini benar
berilah detik rasa curiga ini benar
berilah detik rasa dalam sunyi ini benar
berilah detik rasa akan bahagia ini benar
benar untuk rohku berlangkah menuju
rahsia ke pintu kalbu.

Bersama teguh doa kurintih kudus keampunan
untuk akal menjernih dan
nafsu yang mengalir pada denyut kebenaran.

SYAIDUL AZAM KAMARUDIN
UPM, SERDANG


Sajak ini tersiar di akhbar Mingguan Malaysia, Ahad, 29 November 2009. Ini adalah tulisan asal sementara tulisan yang berwarna hijau adalah yang tak disiarkan.Terima kasih kepada editor kerana sudi menyiarkan sajak ini.

5 comments:

Rusdi Abd Rahman said...
This comment has been removed by the author.
Rusdi Abd Rahman said...

Tuan Azam,
Tahniah besar hamba hulurkan.
Sajak tuan sememangnya bertaraf SUFI... benarlah kata mantan Pengarah tuan bahawa karya tuan penuh berteraskan SUFI. Tuan berada pada tahap tinggi yang lain.
Maka tuan terus kukuh dalam dunia penulisan yang prolifik, Tahniah Besar Tuan.

Rusdi Abd Rahman said...

(balasan jawapan melalui blog rarws)
Tuan Azam,
1. Apakan daya hamba hanya mampu dan layak menulis hal-hal bola sepak..., mahu tulis karya kreatif tiada bakat yang tinggi dan mutunya pasti rendah.
2. Cuma 'gurauan manja dan menyakat' tuan tentang SUFI itu, itupun kerana hal ini pernah diluahkan oleh mantan Pengarah tuan, hamba cuma mencedok kata-kata itu... hehehe...
3. Apa-apapun secara ikhlas tulisan tuan ada nilai yang tinggi dan bermutu buat bacaan dan pandangan peribadi hamba semata-mata, itu jangan tuan nafikan ya...

4 Kay-E said...

wah.. lama tak melawat sini. dah byk tulis sajak ye. Tahniah!

cak said...

sungguh kagum dengan penulisan tuan. setuju dgn lomen2 encik rusdi.

>>gambar2 saya tu adalah selepas diedit tuan. saya pakai lightroom saje utk ejas kaler. nk edit gempak2 saya tak pandai..hehe.

Arkib