Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My Photo
> Tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. > Menghampiri fotografi sebagai hobi sekiranya tidak bermain muzik atau memancing. Menggunakan NIKON D60 untuk tujuan kreatif ini.

30.11.09

MPR 2000







Setelah sembilan tahun MPR 2000. Gambar diambil menggunakan kamera Pian. Pian peserta terbaik dalam MPR 2000. Dalam gambar kelihatan Salman Sulaiman, Fahd Razy (boleh teka yang mana satu). Lutfi Ishak dan Jimadie Shah sudah berada di dewan ketika itu. Mereka antara peserta yang terus mencipta nama. Berpeluang juga bergambar dengan Hizairi Othman dan Othman Puteh. Gambar ini memberi 'sesuatu' kepada diri ini.

4 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Azam,
Diri ini suatu ketika dahulu bersungguh-sungguh dalam cita-cita yang tinggi untuk sertai MPR itu tetap apakan daya tiada rezeki dan kesempatan, maka kini usia sudah terlebih jadinya cuma selaku penggerak program sastera... bukannya jadi penulis mapan atau penyair yang prolifik seperti tuan.

Zaid Akhtar said...

Tuan Rusdi,
samalah kita.

Jimadie Shah Othman said...

Wah, nostalgia betul aku. Aku sekeping gambar pun tak simpan.

fadli akiti said...

gambar ni gambar mahal, sebab Hizairi bergambar bersama ayahnya.. tingginya Hizairi.. teringat masa mula-mula bertemu dengannya..

Rakan

Arkib