‘Bebalisme.’ Seseorang yang mengetahui perbuatannya salah. Tetapi enggan mengakui kesilapannya dan mengatakan dialah yang benar. Lelah betul berurusan dengan manusia bebalisme ini. Huh!
Dua
Peristiwa:
1. Dato. Dr. Anwar Ridhwan bergelar Sasterawan Negara. (Dato Anwar gemar makan Serati. Menurutnya, beliau hanya makan di serati di Kelantan, jarang di tempat-tempat lain. Dato’ Anwar pernah bersama-sama saya dalam kereta, sambil saya memandu dan beliau bercerita akan harapannya terhadap DBP) 2. Rendra yang pergi, saya tiada pengalaman peribadi dengan beliau, sekadar membaca karya-karyanya. Saya menerima SMS dari Norhisham Mustaffa mengkhabarkan pemergiannya.3. Kehilangan Ustaz Asri (Kumpulan Rabbani), Kami pernah bertemu dan berpeluang bersalaman. Suaranya saya telah dengar lama dahulu semasa dalam kumpulan Nada Murni. Nasyid Assalamualaikum, Intifadah, Pergi tak Kembali, Kerlipan Cinta serta zikir dan alunan ayat suci Al-Quran menimbulkan penghayatan yang dalam. Semoga tenang di alam sana. 4.Juga beberapa hal lain yang terutama bersangkutan soal emosi yang memerlukan kekuatan. Namun aku takkan berundur dari perjuangan ini. Kalau patah pendayung, dengan jari tetap kukayuh jua!
Mendambakan ketenangan.




FOTO OLEH: SYAIDUL AZAM BIN KAMARUDIN
6 comments:
Tuan Azam,
Maaf ganggu tuan lagi... tapi kena ganggu juga kerana hendak ucap tahniah atas foto-foto itu yang cukup menarik - cukup cahaya - cukup warna - cukup hidupnya - cukup jiwanya. Tahniah tuan.
Salam Saudara Azam,
Kiranya, inilah kunjungan pertama saya ke blog saudara. Bilalah agaknya saudara Azam akan membukukan koleksi foto yang telah ditangkap ini? Hehe...
Salam En Azam,
Cantik bunga lily putih tu...
Selamat menyambut Ramadhan & Selamat Berpuasa...
Dari kami sekeluarga...
Salam AZAM,
Salam Ramadan. Pertama, penyakit bebalisme banyak berlaku di sekeliling kita sebab kita diajar begitu oleh pemerintah. Kedua, cantik foto-foto ini. Hebat! Teruskan perjuangan biarpun jarimu pula patah kerana mendepani ombak...
Sdr. Azam,
sesekali melayari blog ini terasa tenang...gambar alam semual jadi, biar pun bisu...tetap indah.
semoga roh beliau ditempatkan bersama org2 yg dikasihiNya. beraya kat mana bang..??
Post a Comment