Sera-Di Badai Asmara
Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.
Tentang Diri
- Syaidul Azam Bin Kamarudin
- Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.
3.7.09
Batu-Batu di Jalanan
FOTO: Diambil dari blog AL-KURAUWI
DIEDIT OLEH : SYAIDUL AZAM BIN KAMARUDIN
HSKU 2008 telahpun berlangsung. Saya tidak hadir pada hari penyampaian tersebut kerana menjadi juri Debat Pengguna antara IPT di UTHM Batu Pahat, Johor. Saya berhasrat benar untuk hadir HSKU kerana inilah undangan kali pertama saya ke pentas HSKU yang sangat gah dan konsisten. Namun saya ke Batu Pahat kerana janji yang telah lebih dahulu dibuat dengan pihak DBP.
Tiga Jalur Kasih (Judul asal, Terima Kasih Cikgu) karya lama. Saya tulis pada tahun 2002 (jika tidak silap). Saya peram lama. Terilham semasa mengajar sebagai guru sandaran tidak terlatih di SMK Iskandar Shah Parit, Perak. Saya bawa ke Kuala Lumpur semasa bertugas di DBPKL. Saya bertukar pula ke DBP Wilayah Timur, dan drafnya sentiasa saya baca tanpa mengubah apa-apa. Kisah ini adalah cebisan pengalaman saya bersama-sama pelajar kelas peralihan yang kurang pandai membaca dan menulis. Memanglah terasa jurang mengajar ketika itu kerana saya juga ditugaskan mengajar pelajar tingkatan 6 atas yang pastinya penuh komitmen dengan azam untuk ke universiti. Dapat pula mengajar di kelas peralihan memang memerlukan ketabahan yang luar biasa.
Minggu Penulis Remaja (MPR) sentiasa saya ingati. Kerana di sinilah saya diajar menulis dengan cara yang betul. Di samping perkenalan dengan rakan-rakan penulis Kelantan yang sentiasa meniupkan semangat penulisan kepada saya terutama Abdul Hadi Yusoff dan Norhisham Mustaffa. Merekalah yang kerap bertanyakan karya saya. (Abdul Hadi ketika bersarapan di kedai 'keliling'. (Kedai minum, nasi berlauk yang biasa terdapat di Kelantan) Atau Abang Norhisham ketika minum kopi yang dicampur dengan marjerin.) Dan inilah karya pertama saya yang termuat dalam antologi yang secantik ini. Syukran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rakan
-
-
2 years ago
-
-
6 years ago
-
6 years ago
-
-
9 years ago
-
9 years ago
-
10 years ago
-
10 years ago
-
-
12 years ago
-
12 years ago
-
-
13 years ago
-
13 years ago
-
13 years ago
-
13 years ago
-
-
-
-
15 years ago
-
-
-
-
-
-
4 comments:
Azam,
1. Tahniah, tuan sememangnya sudah bergelar penulis prolifik yang unggul, utuh dan cekal.
2. Kawan di sini tetap menjadi penggerak laluan (seadanya dan semampunya ada) untuk insan menjadi penulis.
3. Jangan pernah tidak hadir pula ke HSDT VII nanti ya... Hehehe...
encik klu ada lg jemputan ke majlis tu, jemputla sayep sekali. ingin jg bergaul dgn penulis dan penghasil karya..hehe.
>>biasa2 je bro, org lain lg hebat. terima kasish apa2pun.
pertanyaan SMS tak dapat dibalas sebab x ada duit. Boleh gabung Konseptual KK dgn CTakmilah. walau apapun, dapatkan persetujuan penyelia dulu. nassury.blogspot.com
pertanyaan SMS tak dapat dibalas sebab x ada duit. Boleh gabung Konseptual KK dgn CTakmilah. walau apapun, dapatkan persetujuan penyelia dulu. nassury.blogspot.com
Post a Comment