Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

5.5.09

Sajak Kecil : Nyanyian Hidup

Sebuah sajak kecil.Ketika menghabiskan setiap hujung minggu di UPM.

NYANYIAN HIDUP

Ini kehidupan
jangan terlalu kau
membunuh keriuhan.
(Kala riuh kita cari senyap.)
Kita merindui keriuhan
kala kesenyapan.

-SYAIDUL AZAM KAMARUDIN
UPM Serdang Selangor.
(Mingguan Malaysia, 26 April 2009)



FOTO OLEH: SYAIDUL AZAM KAMARUDIN
LOKASI : PANTAI BATU BUROK, TERENGGANU DARUL IMAN

5 comments:

jaanlina artwork said...

salam ..
thanks menjenguk blog saya..
byk berjalan yer...

Melihat Kesunyataan said...

Salam,
Gambar yang mempunyai makna tersendiri.

Rusdi Abd Rahman said...

Azam,
Hajat di hati ingin bersama dalam 'nyanyian' di Stadium Tertutup MBJB...

Pemancing Ikan said...

KALAU TAK MAU RIUH
Jangan bagi cucu balik bercuti
Pergi tepi pantai pancing ikan
Kahwin dengan orang bisu

firdhaus hassan said...

" bang, bagusnya gambar ni, citra tepi pantai~ "

Arkib