Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

22.4.09

GITAR


Bermain muzik sekadar suka-suka. Perbezaan bagi individu yang mendengar muzik secara buta dengan individu yang mendengar berdasarkan pengalaman dan ilmu muzik mempunyai jurang yang agak ketara. Seorang pemuzik (biarpun hanya boleh bermain satu instrumen) secara tak langsung deria dengarnya akan peka kepada beberapa jenis bunyi. Sebagai contoh dalam sesebuah gubahan lagu terkandung pelbagai elemen bunyi di dalamnnya. Semasa sebuah lagu didengar, pemuzik akan memberi tumpuan kepada susunan bunyi seperti drum, gitar, keyboard. Seseorang pemuzik dapat mengetahui bunyi instrumen mana yang sedang bergema atau yang sedang berjeda. Malahan jika mereka menumpukan kepada bunyi gitar sahaja semasa sesebuah lagu dimainkan mereka mampu mengagak kord dan skil solo yang digunakan, minor atau major, sharp atau flet. Jika mereka berimaginasi lagi mereka dapat membayang dan menangkap di bar mana bunyi itu terhasil, bagaimana gerak dan skil jari pemain gitar dan sebagainya. Uniknya deria pendengaran yang boleh membeza-bezakan bunyi ketukan, bunyi solo, bunyi bass, bunyi keyboard juga suara pada satu masa yang sama. Itulah antara nikmat muzik.


Ini adalah antara koleksi gitar yang tersimpan di rumah. Oleh kerana kami adik beradik boleh bermain alatan ini, bermakna bukan aku seorang sahaja yang keluar modal untuk memilikinya. Kini setelah adik diterima bekerja sebagai Pegawai Pengajian Tinggi di Sarawak. Akulah yang diminta menjaga gitar-gitar ini dengan sebaiknya.

(1)Ini gitar paling tua. Kepunyaan Abang. Jenama KAPOK. Dua puluh tahun lebih usianya ada. Gitar ini banyak berjasa. Aku mula belajar memetik kord dengannya. Bentuknya masih kekal asal walau sudah meleding dan pecah. Dulu di badannya terlukis gambar camar dan bulan. Tertulis Fantasia Bulan Madu. Abang yang memang berbakat melukis yang mengilhamkannya. Ianya dilakar dengan dakwat hitam kemudian divarnis.

(2)Ini gitar yang aku beli di Muar. Masa tu baru je kahwin. Bercuti di kampung. Tiba-tiba je tangan gatal terasa nak main gitar. Ia jenama OMIYA. Semua talinya sudah ditukar dengan tali gitar elektrik. (Tali gitar elektrik lebih lembut). Gitar ni bunyinya agak kemas. Aku suka.

(3)Ini gitar adik. Jenama SUKAMI. Juga sudah ditukar tali gitar elektrik. Bunyinya agak kurang kemas. Aku pernah menggunakannya sekali sahaja dalam persembahan.(4) Ini juga gitar adik. Jenama IBANEZ. Dia sayang sangat gitar ini. Semasa persembahan rancangan Spektrum U di RTM adik menggunakannya. Kalau kami jaming pun adik akan bawa gitar ini juga. Ada lagi satu gitar. Jenama GIBSON (rasanya). Aku beli di Kuala Lumpur. Tah kat mana sekarang aku pun tak ingat dah. Dah tak nampak bayang.

Sekarang, dengan anak-anak yang sedang membesar tak dapatlah layan seperti dulu. Pantang pegang je, anak-anak minta nak main. Main muzik sekadar suka-suka. Bolehlah dianggap sebagai pelarian ketika jiwa diamuk keresahan.

4 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Azam,
Tertarik dengan ayat akhir iaitu "Main muzik sekadar suka-suka. Bolehlah dianggap sebagai pelarian ketika jiwa diamuk keresahan."

Ya... jika diamuk keresahan bolehlah dan sudilah berhubung (menghubungi) staf DBPWS... Hehehe....

Azhar Salleh said...

Salam AZAM,
Wah, rupa-rupanya kaki gitar! Saya memang berangan-angan nak ikut jejak Kirk Hammet Metallica, Rob Razak Suffercation, Hamdan Bloodshed, Amir SYJ, dan Abu MAY, namun apakan daya, masih tak boleh beza kod C dengan kod D! Lepas ni, ajarlah saya main gitar. Saya rasa Encik Rusdi mesti bersetuju untuk menjadi murid Azam jugak!

cak said...

huhu...mmg seorang seniman.

MARSLI N.O said...

Sdr Azam: Apa sajak terbaru?

Marsli N.O

Arkib