Sedar tak sedar, pengajian sarjana untuk semester satu ini hampir tamat. Kembali belajar ketika berusia memang ada cabarannya. Lebih-lebih lagi setelah berkeluarga. Setelah ada anak-anak dan isteri. Namun perjuangan mencari ilmu tidak lain tidak kerana Allah Taala. Dan pastinya kejayaannya untuk dihadiahkan kepada anak-anak-anak dan isteri kelak.
Saya berterima kasih kepada pensyarah untuk semester ini. Dr. Samsina Haji Abd. Rahman, Dr Arbaie Sujud dan Puan Rahimah Hamdan. Juga Dr. Kamariah Kamarudin, pensyarah pertama yang saya jumpa di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Yang memberi banyak panduan tentang pengajian. Biarpun sebelum ini di peringkat ijazah, juga dalam kegiatan sastera di DBP saya beberapa kali bertemu mereka. Namun kini sebagai seorang pelajar pula, di Fakulti inilah tempat bermula segala-galanya. Sebelum ini mereka mungkin pernah mengenali saya sebagai seorang perancang kegiatan sastera di DBP. Kini saya hanya mahu dikenali sebagai seorang pelajar yang gigih.
Dulu saya memang tidak boleh memandu pada waktu malam. Oleh kerana kuliah semester ini kebanyakkannya bermula pada pukul 8 malam dan tamat pada pukul 11 malam. Maka saya harus cuba memecahkan psikologi ketakutan tersebut. Biasanya saya akan bergerak dari Johor pada sebelah pagi. Sampai di UPM kira-kira pukul 2 petang. Terus dengan kuliah pada pukul 3-6 petang. Minum dengan rakan-rakan sebentar. Atau iktikaf di Masjid. Selepas Maghrib pukul 8-11 malam kuliah lagi. Jam 11 malam dari UPM dan biasanya akan sampai di Skudai 2.30 pagi atau 3.00 pagi. Saya melakukannya 2 kali seminggu.Dengan jarak 300 KM pergi dan 300 KM kembali.
Dalam perjalanan inilah sebenarnya saya banyak mendapat ilham. Lebih-lebih lagi jika hari tersebut giliran saya membentangkan tugasan. Dalam keretalah saya berlatih. Biasanya masa yang saya ambil untuk ke Johor kira-kira 3-4 jam perjalanan. Pernahlah sekali dari UPM ke JB saya boleh sampai 2 jam setengah. Dengan meter kekal di 140-150 km/j tanpa singgah di mana-mana Hentian. Entah berapalah saman yang saya pungut pada hari itu...
Saya ada menyewa bilik penginapan di kolej(Sewanya RM 150, 1 bulan). Buat masa ini mungkin baru 3 kali saya tidur di situ. Saya lebih suka pulang ke rumah kerana di rumahlah seluruhnya kasih sayang saya. Di rumah juga boleh melakukan banyak perkara. Kadang-kadang apabila berasa tidak sihat atau emosi tidak stabil, barulah saya akan bermalam di kolej. Ini kerana apabila tidak sihat atau emosi tidak stabil ia tidak akan memungkinkan saya memandu dengan selamat.
Apabila ada sesi pembentangan dalam kelas, saya selalu teringatkan rakan-rakan penulis di Kelantan. Sebahagian mereka mungkin tidak berpeluang belajar ilmu sastera secara formal dengan mendapat ijazah, diploma atau sijil. Tetapi dari sisi lain saya melihat mereka lebih sarjana lagi dari calon sarjana (meminjam kata-kata Nassury Ibrahim) dan PHD. Tanyakanlah apa-apa kepada mereka tentang puisi atau sastera, mereka dapat memberi maksudnya dengan cukup baik dan kemas. Saya terbayangkan Abdul Hadi Yusoff, Salmi Said, Aziz Saudagar. Kalaulah mereka ada dalam kuliah bersama-sama saya...
Sera-Di Badai Asmara
Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.
Tentang Diri
- Syaidul Azam Bin Kamarudin
- Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rakan
-
-
2 years ago
-
-
6 years ago
-
6 years ago
-
-
9 years ago
-
9 years ago
-
10 years ago
-
10 years ago
-
-
12 years ago
-
12 years ago
-
-
13 years ago
-
13 years ago
-
13 years ago
-
-
-
-
15 years ago
-
-
-
-
-
-
-
7 comments:
alhamdulillah..semoga pengorbanan dan kesungguhan tuan dibalas oleh-nya. selamat maju jaya.
sdr. azam,
cemburunya aku, kau mendahului aku kembali semula ke kampus hijau. Aku tercicir lagi. Salam aku untuk Dr. Samsina dan Puan Rahimah.
Kalau tidak, boleh kita cakap tamil sama-sama.
:)
Azam,
1. Memetik kata-kata... 'Sebelum ini mereka mungkin pernah mengenali saya sebagai seorang perancang kegiatan sastera di DBP. Kini saya hanya mahu dikenali sebagai seorang pelajar yang gigih.'
2. Anda sememangnya boleh menjadi seorang pelajar gigih dan bermutu... aku yakin, tapi aku tetap di sini yang hanya memasang impian (mungkin angan-angan kosong) untuk berdiri sama tinggi dengan kau... jarak kita semakin membesar... aku tetap kerdil...
3. Apa-apapun, buat masa ini aku tetap 'tidak menyukai' Man U... hehehe...
Azam,
Salam ziarah. Memang saya kagum dengan kegigihan saudara untuk menuntut ilmu.
Sdr Azam: Salam. Meski hanya dari jauh, saya doakan kejayaan dan kesejahteraan Sdr sentiasa.
Marsli N.O
Tahniah. Semoga berjaya. Saya tabik dengan semangat anda. Bukan semua orang bisa melakukannya.
salam abang syaidul azam, terima kasih lawat blog saya ne, di doakan semuanya berjalan lancar buat pengajian abang. slam kejayaan, wasalam~ FIRDHAUS.
Post a Comment