Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

15.2.09

Setelah kehilangan Sasterawan Negara Arenawati. Kehilangan besar dalam dunia sastera kebangsaan.

Kehilangan orang tersayang menemui Ilahi adalah satu perkara yang amat menyayat hati dan meruntun perasaan. Ini kehilangan pertama dalam keluarga saya apabila opah kembali menemui pencipta ketika umurnya menjangkau 96 tahun. Opahlah yang banyak membentuk peribadiku. Semasa kecil ketika belum bersekolah aku mengikutnya menoreh. Perjalanan ke kebun getah berjalan kaki. Aku sering tertinggal di belakang. Kadang-kadang gerimis di tengah jalan atau embun yang di hujung lalang membasah pakaian. Di situlah secara sedar atau tidak aku mula mengakrabi persekitaran. Berinteraksi dengan alam, bukit bukau, hutan yang menghijau. Malamnya, hanya diterangi pelita minyak tanah dan paginya disirami dingin air telaga tanah. Apabila hujan, tidak menoreh kami berjalan kaki ke hutan mencari kayu api. Aku menikmati semua itu kira-kira 20 tahun lalu di kampung yang sangat terpinggir. Kampung Lengkuas.

Aku tak mampu lagi menulis segala kenangan dengan opah kerana ia seperti sebuah filem yang penuh melankolik. Pada sesetengah orang menganggap ia episod tidak berguna. Tapi apakah salahnya perasaan sedih dan kemiskinan sekiranya ia dapat menolak kita supaya berjalan dan berlari ke depan. Dan tidak melupakan asal usul dan keturunan. Semoga Opah tenang di sana setenang jalan-jalan yang penuh dengan embun dan semilir belantara yang pernah kita lalui bersama-sama dahulu. Al-fatihah.

4 comments:

Ibnu Ahmad al-Kurauwi said...

Azam,

Masih belum lewat untuk mengucapkan tahniah dek kepulangan setelah lama merantau.

Nanti kita buat program Jawi di Johor.

4 Kay-E said...

Salam,
Ahaa... Lama sunyi - memindahkan diri dari fotopages ke blog.

template mana2 pun boleh kot - I'm not very sure. But we choose the classic one. Tapi link semua kat bawah - not at the left/right side.
before masuk gambar, upload to flickr first. pastu baru copy link to blog.
selamat mencuba :)

Anonymous said...

pindah sudah. salam jugak..hehe. saya jugak baru kehilangan opah..mmg sedih kehilangan org tersayang. tp pasrah ketentuan-Nya. dah agak lama tak membaca cerita menafsir tulisan encik..selamat bertemu kembali.

KuPu-KuPu KaLer MeRaH said...

salam..

sebenarnya best tau kalau kita flashback kenangan lepas lepas..sebab saya rasa...bila kita buat macam tu..insyaAllah..kita tak akan lupakan asal usul diri kita...

encik sastera sgt beruntung, at least dapat rasa kasih sayang dari seseorang bernama opah...

masa kecik2 saya jeles kalau kawan kawan cerita pasal depa balik kampung jumpa opah..honestly sampai skarang sy jeles..hehehe..

p/s : sy suka flashback sambil dengar lagu somewhere over the raibow..hehehe

Arkib