Perjalanan yang jauh. Dari Kota Bharu ke Johor Bahru telah selamat. Pada hari Isnin lalu telah memulakan tugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru. Aku tidak dapat berbohong bahawa aku masih terbayangkan Kelantan. Dari berita-berita banjir saban hari. Pastinya aku terbayang temasya itu di negeri yang telah ditinggalkan. Apa khabar Kelantan?
Ribuan ucapan terima kasih kepada karyawan DBP Wilayah Timur dan persatuan penulis di negeri Kelantan yang sudi mengatur dan mengadakan jamuan perpisahan buat saya. (DBP Wilayah Timur, di Restoran Chiang Mai, Kota Bharu Kelantan. Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR) di Restoran Seri Nelayan, Tumpat Kelantan. Gabungan Penulis Muda Kelantan (GEMA) di Hotel Raudhah, Kota Bharu Kelantan. Persatuan Penulis Kelantan (PPK) Di Restoran Syam, Kota Bharu Kelantan). Saya mengharapkan agar ukhwah yang terbina berkekalan dalam sebuah ikatan persahabatan yang segar. Semoga cinta kita di bawah payung bahasa dan sastera terus semarak sepanjang masa.

1 comment:
Tahniah dan selamat bertugas di tempat baharu.
Post a Comment