Permohonan pertukaran saya yang telah dipohon sekian lama akhirnya mendapat perhatian daripada pengurusan DBP. Bererti berakhirlah tugas saya di DBP Wilayah Timur Kota Bharu Kelantan. Menuju destinasi baharu DBP Wilayah Selatan Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Sepanjang hampir enam tahun berada di Wilayah ini telah menemukan saya dengan pelbagai ragam dan cabaran. Pastinya saya tidak dapat melupakan keramahan pengarah yang kadangkala memanggil saya dengan gelaran anakanda. Rakan-rakan penulis yang begitu baik. Berkongsi idea dan bersaudara seperti sebuah keluarga. Namun kenangan pahit juga banyak dan masih terasa. Ia lumrah hidup yang mengajar erti dewasa.
Kegiatan dalam pengurusan saya yang tidak akan dapat saya lupakan ialah Syarahan Tuanku Sultan Ismail Petra. Saya menjadi pegurus projek untuk kegiatan ini. KDYMM Al -Sultan Kelantan telah hadir mencemar duli dalam majlis intelektual ini. Saya masih ingat bagaimana menguruskan lagu selamat sultan yang dimainkan secara langsung dari Brigged, berurusan protokol dengan pihak istana, menguruskan koir Bahasa Jiwa Bangsa dari SMK Chung Cheng, bersama-sama Ramli Sarip dan kumpulan lagu asli sebagai persembahan selingan diraja. Ucap utama disampaikan oleh Dr. Rais Yatim dan dipengerusikan oleh Dato’ Mustapa Mohamad. Ianya sebuah program kebahasaan yang serba lain.
Kolokium Peradaban Melayu kawasan Timur Laut juga sering saya ingati. Kolokium peringkat antarabangsa ini memerlukan pengurusan yang lebih cekal dengan menguruskan pembentang kertas dari Thailand, Kemboja dan Vietnam. Sehinggalah program ini dihentikan atas arahan. Masih ramai sarjana dan penyelidik seperti mendesak saya meneruskannya kembali.
Saya tidak suka bercerita tentang projek atas pengurusan pegawai lain. Apa yang saya puas dan gembira saya tahu ianya diuruskan oleh diri sendiri. Amat tidak wajar kita menuntut sebuah kejayaan program dan menjajanya sedangkan ianya hasil kerja pegawai lain.
Selamat hendaknya. Syukur kepada Allah Taala yang memberi rahmatnya.
6 comments:
salam syawal dari bumi Dublin, Ireland.. jemput2lah singgah ke blog hamba.. :)
sdr. syaidul,
salam aidilfitri, maf zahir batin. lama tak jumpa, semoga sejahtera selalu. Selamat berangkat ke Johor. Nanti singgah serdang, carik aku! Boleh kita"wanggapao-wanggapoh" macam dulu2
salam saudara azam. lepas ni mesti sdr akan merindui bumi kelantan..huhu.
psl pertanyaan saudara itu, sy kurang arif utk menjawabnya. mungkin penggunaah flash yg betul, spt teknik menge-bounce dpt membantu. ye ke?? hehe.
selamat kembali.
selamat bertugas!
slmat bertugas.. tak sempat bertemu, tapi rasanya, diri saya takkan dapat mengisi tapak apa yg sudah saudara sudah buat.. sangat jauh ke belakang.
Post a Comment