Beberapa hari lalu saya telah dihubungi oleh salah seorang pegawai di Jabatan Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan. Dalam perbualan itu beliau ingin melantik saya untuk menjadi salah seorang hakim dalam Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan peringkat Negeri Kelantan. Memang saya mengelak untuk menjadi hakim kebelakangan ini, Biarpun saya pernah menjadi hakim pertandingan yang sama dua tahun yang lalu. Untuk Tahun selepas itu saya mula berfikir yang lain.
Pada saya Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan mempunyai prestij yang tersendiri. Selesai pertandingan peringkat negeri juara peringkat negeri akan diangkat ke peringkat kebangsaan yang deklamatornya bukan sembarangan. Antara mereka yang pernah menyandang gelaran juara kebangsaan ialah Norzailani Mohd Nuzi, Maarof Seman,Amaruszati Noor Rahim. Dengarlah mereka mendeklamasikan puisi, boleh menitiskan air mata dan mendatangkan semangat pula.
Saya boleh saja menjadi hakim. Dengan honorarium yang dibayar dengan beberapa ratus ringgit. Tetapi saya sama sekali tidak sanggup menggadaikan harga persahabatan dengan beberapa ratus ringgit itu. Saya berkata demikian kerana semua peserta yang masuk bertanding adalah dalam kalangan yang saya kenali. Kawan-kawan saya. Dari persatuan-persatuan penulis dan NGO yang biasa berurusan dengan saya. Seadil manapun saya menghakimi pasti ada yang berkecil hati. Saya sayang mereka semua. Saya tidak mahu dengan sebuah pertandingan saya hilang kesemua mereka dalam sekelip mata! Sahabat harta abadi dan duit boleh dicari.
Saya menolak pelawaan tersebut dengan baik. Dan akan hadir sebagai tetamu biasa.
2 comments:
salam. ya persahabatan sgt bererti dlm hidup. They might be our influence, our loved ones and could be our enemy too. saya suka entry pasal persahabatan. kerana diri ini amat menyanjungi persahabatan. ;)
Post a Comment