12 Mei 2008. Berlangsungnya Seminar Pengkaryaan Sasterawan Norhisham Mustaffa. Projek ini telah saya rancang lama tetapi hanya dapat dijalankan pada tahun ini. Alhamdulillah dengan kerjasama sahabat dan rakan-rakan penulis semuanya berjalan baik. Malah program ini mendapat liputan dari RTM. Pembentang kertas kerja, Y.Bhg Sasterawan Negara, Prof. Muhammad Haji Salleh, Y.Bhg Dato’ Anwar Rethwan, Y.M Ku Seman Ku Hussain dan sasterawan yang diraikan. Norhisham Mustaffa.
Setelah selesai seminar, saya bergegas ke Hospital Pakar Perdana. Temujanji dengan doktor pakar ekoran pembedahan jari anak bongsu saya pada minggu lalu. Tanpa ada jawapan positif yang benar-benar pasti, kami diminta datang lagi dalam siri-temujanji seterusnya. Dengan hati yang amat berat dan pilu kami menerima segalanya dengan segala mungkin ikhtiar, dan doa yang bergugus-gugus kepada Allah Taala.
Demi menghilangkan sedikit tekanan saya dan keluarga ke PCB. Sedang saya asyik melihat laut, terdengar suara menyapa saya. “Syaidul buat apa kat sini?” Ketika berpaling Sasterawan Negara Prof. Muhammad Haji Salleh sudahpun menyentuh bahu saya. Kami sekeluarga Bersama-sama MHS dan isteri minum air kelapa di gerai berhampiran sambil menyedut udara petang. Terima kasih atas segala nasihat, perhatian dan semangat yang diberikan oleh MHS kepada kami sekeluarga yang sebatang kara berkelana di bumi Kelantan ini. Kesendirian ini mengajar kami makna setiakawan dan pengorbanan yang luhur.

Sasterawan Negara MHS dan Isteri.
Seminar Pemikiran Sasterawan Negara A. Samad Said
13 Mei 2008, hari ini berlangsung Seminar Pemikiran Sasterawan Negara A. Samad Said di DBP Kuala Lumpur. Aku berhasrat ingin mengikutinya tetapi dengan pelbagai hambatan tugas, niat itu tidak tercapai.
Pengalaman bersama-sama Pak Samad sepanjang menguruskan kegiatan sastera di Wilayah Timur banyak meninggalkan kenangan manis. Apa yang boleh saya katakan tentang Pak Samad beliau seorang yang kuat ingatannya, suka bergurau. Paling penting beliau amat berdisiplin tentang masa. Kalau berjanji pukul 8.30 malam untuk makan malam 8.00 malam beliau sudah menunggu.
Gambar ini diambil pada tahun lalu di Sutra Beach Resort, Terengganu ketika saya menguruskan Program Minggu Penulis Remaja Timur. Apabila Pak Samad datang untuk satu acara yang dirancangkan biasanya saya akan menyediakan pula beberapa kegiatan sampingan untuknya. Ketika gambar diambil saya sedang berbincang tentang atur cara kegiatan yang dirancang untuk beberapa hari. Setakat ini, dengan hubungan yang baik saya tidak bertemu dengan banyak masalah menguruskan beliau. Malahan beliau ada bertanya dalam pertemuan-pertemuan tidak sengaja "Bila nak jemput lagi saya ke Timur?"
Saya bersama-sama Pak Samad dan isterinya.
(Gambar oleh Sharrul, diedit oleh saya)
6 comments:
Cantik blog ini. Tahniah.
Satira + Kacau
Terima kasih satira+kacau kerana sudi mengunjungi blog saya yang tak seberapa ini.
Sdr Syaidul: Masih berpilu lagikah? Ha ha ha
syaidul...
saya dah mula menjual e-karya..
harap sudi berkunjung ke fotopages saya...
maylique
Satira,
Masih berpilu.
maylique,
Saya amat kerap ke fotopages anda yang ramai peminat itu. Tapi belum berkesempatan membuat tempahan. Bila lapang sikit saya akan melaksanakannya.
sya sebenarnya ada menghantarkan emel kepada saudara tapi saya tak pasti sampai ke tidak kerana saya ada bertanyakan sesuatu berkenaan dengan dewan bahasa....
boleh tak emelkan kepada saya emel kosong nanti saya balas.
justype_ent@yahoo.com
saya pun dah buka blog tapi masih dlm pembinaan
www.justype2U.blogspot.com
kalau sudi singgahlah...
p/s: ada email prof rahman shaari tak? dulu beliau dan Arwah Dr Othman Puteh yang bertanggungjwb membimbing saya dan juga Ali Majod
Post a Comment