Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

9.5.08

Tulisan Tangan



Saya pernah membaca komentar tentang tulisan tangan. Hasil dari pembacaan itu membuatkan saya berfikir lama-lama. Fikiran itu mengalir dan berimbas-imbas setiap waktu malah sehingga saat ini. Setelah beberapa jarak waktu yang agak panjang, dengan menilai dan menimbang, kini saya amat bersetuju seratus-peratus dengan komentar tersebut. Memanglah tulisan tangan dapat dikaitkan dengan keikhlasan dan punyai nilai yang tersendiri. Kini saya mula menyimpan setiap tulisan tangan yang ditujukan kepada saya.

Mengapakah agaknya kini individu tidak suka menggunakan tulisan tangan? Mungkin mereka pernah dijerkah kerana menulis perkara-perkara rasmi, dengan menggunakan tulisan tangan. Mungkin juga mereka berasa tulisan tangan mereka tidak cantik. Setelah itu, mereka memilih untuk menggunakan tulisan bertaip komputer. Tetapi itu bukanlah yang terbaik dan mesti diterima.

Kita perlu tahu memilih menggunakan tulisan bertaip pada masa dan keperluannya sebagai satu variasi. Bukan semua penggunaan tulisan dalam kehidupan kita mesti ditukar dengan tulisan cantik bertaip komputer. Fikirkan mengapa tandatangan kita mesti ditulis dengan tangan (ataupun cap jari). Berapakah nilainya?


Tulisan Tangan Y.Bhg. Dato' Anwar Rethwan (Sasterawan yang terkenal di Malaysia)

Tulisan Tangan Azizi Haji Abdullah (Novelis, cerpenis yang menggetar jiwa raga saya)

2 comments:

firdhaus hassan said...

tulisan tangan mengandungi rahsia peribadi, sifat2 seperti tekun, sabar, gopoh, yakin diri dll dapat dibaca melalui tulisan tangan.
memilih menggunakan tulisan komputer menyelamatkan diri daripada terbongkarnya rahsia itu. urm... tulisan saya besar2, keluarga selalu cakap saya membazir kertas kalau menulis. hahaha~

Syaidul Azam Bin Kamarudin said...

>>>Firdaus, terima kasih selalu ziarah blog ini. Tulisan tangan dalam kad-kad ucapan, hasil tulisan pengirimnya pada saya amat indah dan bermakna...

Arkib