Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

9.1.08

TigaJalurKasih




Cerpen karya saya berjudul TIGA JALUR KASIH ini telah tersiar di Mingguan Malaysia pada 6 Januari 2008 (Ahad). Karya ini terilham ketika berkhidmat sebagai guru di SMK Iskandar Shah Parit, Perak Darul Ridzuan. Sebelum diterima bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)Pada tika itu, saya juga mengajarkan mata pelajaran Ekonomi untuk pelajar tingkatan 6 atas dan Bahasa Melayu untuk pelajar peralihan yang tidak pandai membaca. Daripada mengajar pelajar yang memang sudah pintar di alam Pra Universiti, dalam waktu sama mengajar pula pelajar lemah dan bermasalah memang terasa jurang dan amat mencabar kesabaran.

Walau apapun tanggapan masyarakat terhadap guru kini, guru tetap berjasa dan menjadi guru adalah karier yang amat mulia dan bermartabat. Sehebat manapun gelaran kita kini, peguam, jurutera, pensyarah, angkasawan, jurugambar profesional, sasterawan ataupun menteri ingatlah kita pernah dididik guru.

Terima kasih atas ingatan dan ucapan rakan-rakan penulis yang menyatakan penghargaan. Antara mereka Abdul Hadi Yusoff, Noorhisham Mustaffa, Leo AWS, Cikgu M. Ariff, Darma Mohamad, Zainal Abidin Mohamad,Hilmi Rindu, Rusdi Abdul Rahman, Saifulizan Yahya dan lain-lain.

2 comments:

Fahd Razy said...

Tahniah! Moga terus prolifik. Jumpa lagi summer nanti.

FahdRazy

Fahd Razy said...

TAhniah, antologi puisi Di Wakaf Insaf ada diulas di Mingguan. Teruskan usaha memartabatkan sastera.

Arkib