Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

9.10.07

SALAM LEBARAN

Dengan rasa rendah hati saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Batin dan Zahir kepada rakan taulan dan saudara yang pernah mengenali. Semoga dalam keakraban lebaran ini kita bisa lebih menilai dan menghargai maksud persaudaraan dan setiakawan yang manis.

Tahun ini kami sekeluarga berhari raya di Perak dan hari raya kedua akan menyusur lebuh raya utara selatan untuk berhari raya di Muar Johor (kampung isteri). Syukurku kepada Ya Rabb kerana mengurniai dua perkara yang tidak aku perolehi tahun lalu dan dirasai nikmatnya pada tahun ini.

Pertamanya KESIHATAN (Tahun lalu aku sakit sepanjang Ramadan.)
Keduanya, kami berhari raya 4 beranak tahun ini setelah dikurniai cahaya mata kedua. ALHAMDULILLAH.

Di ambang lebaran ini, pastinya kampung halaman sering melintas mata hati. Anakku yang sulung berumur 3 tahun, MUHAMMAD INSANUL KAMIL kerap menyatakan hasrat pulang ke kampungnya setiap kali selepas aku bersahur. Sementara adiknya INSANUL IMAN baru belajar berjalan. Tahun ini agak lain dari biasa kerana kami 4 beranak menempah baju raya sedondon. Setelah beberapa tahun tidak menempah baju raya.

Doaku walau dimana juga kita berada, semoga keselamatan dan kesejahteraan memayungi kita sepanjang kehidupan ini. AMIN.

2 comments:

mohamad kholid said...

selamat hari raya, semoga anda terus lestari...

Fahd Razy said...

Salam lebaran! Maaf Zahir Batin.

Arkib