Apabila karya disiarkan dalam sesebuah akhbar, majalah dan sebagainya biasanya penulis akan menerima honorarium. Memang gembira menerima honorarium tersebut. Ialah duit. Siapa yang tak suka pada duit. Tapi perspektif saya dalam hal ini mungkin sedikit berbeza.
Masih ingat ketika honorarium puisi pertama dalam Dewan Siswa diterima ketika masih bersekolah. Jumlahnya rasanya dalam tiga puluh ringgit sahaja. Gembiranya di hati. Kemudiannya wang itu aku berikan kepada emak. Kataku begini padanya, sambil menggenggam tangannya:
“Inilah mak duit puisi pertama yang dibayar. Mak ambillah. Semoga minat saya dalam bidang penulisan akan terus direstui Tuhan dan bakal mendapat pulangan yang lebih lagi.” Mak tunduk sahaja. Aku tahu benar mak tak akan lihat mukaku. Jika dia menatap pasti dia akan menangis. Tiga puluh ringgit dalam keluarga kami besar ertinya. Jika tidak, masakan aku kerap ke sekolah berjalan kaki tanpa duit belanja sekupang pun...
Hingga kini apabila mendapat cek bayaran honorarium puisi biasanya aku akan menyimpan cek itu tanpa ditunaikan. Padaku cek itulah cenderamata paling mahal. Tapi sekiranya honorarium itu dimasukkan dalam akaun pasti aku terbabas dan tak dapatpun menyelamatkan wang itu kerana terbelanja entah apa-apa.
Aku amat gembira, bangga, bertuah dan syukur. Apabila ada siapa-siapa yang sudi membaca karya puisi aku. Pemikiran dan hasil seni seorang insan yang serba kekurangan...
Bulan puasa bulan bahagia,
Terkenang ibu di desa tercinta;
Hidup sementara jangan tersia,
Amal mulia bekalan segala.

No comments:
Post a Comment