Al-Fatihah untuk guruku Salehudin yang telah kembali menemui Ilahi. Berita ini aku terima daripada cikgu Robayah yang aku temui di pasar ketika membeli barang dapur untuk ibu semasa pulang ke kampung tempoh hari. Beliau (Sallehudin) mengajarkan aku mata pelajaran matematik bermula tingkatan satu hingga tiga di SMSMS Parit, Perak Darul Ridzuan. Beliau juga guru pengakap kami yang amat dihormati dengan disiplin. Biarpun dalam matematik aku tidak bijak dan selalu dicubit tetapi beliau tetap memberi perhatian dalam kegiatan berpengakap kumpulan kami. Dari lencana keahlian, lencana Usaha, Lencana Maju dan Lencana Jaya. Merintis ke Pra-Pengakap Diraja dan Pentarafan Pengakap Diraja. Sehinggalah kami berjaya ke istana menerima sijil pengakap diraja yang ditandatangani oleh 9 raja-raja Melayu yang dikurniakan oleh Sultan Azlan Shah yang juga merupakan Yang Dipertuan Agong pada tahun tersebut. Ranjaunya amat memilukan. Duga cabarnya menitiskan air mata ketabahan.
Aku berani mengatakan dengan yakin bahawa tidak ramai anak melayu yang berjaya dengan cabaran hinggalah bergelar seorang pengakap diraja. Jika ke tapak perkhemahan untuk pentarafan pengakap diraja, bangsa cinalah yang banyak. Melayu boleh kira dengan jari. Tiada istimewanya bergelar pengakap diraja melainkan semangat yang tercetus sepanjang berpengakap itu melahar melalui persetiannya yang dapat membentuk jiwa kami agar kasihkan agama, bangsa dan negara seterusnya menjadi warganegara yang berguna. Terima kasih guruku kerana membekalkan semangat murni sepanjang kehidupan ini. Al- Fatihah.
PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya
Saya berjanji dan bersetia
Yang saya dengan seberapa daya upaya saya
Akan taat kepada Tuhan, Raja dan Negara.
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap.

No comments:
Post a Comment