Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

5.7.07

Kenangan Manis

Yalah...semua orang pasti ada kenangan manis. Kenangan penting untuk kita terus melangkah kehadapan. Melangkah, berlari dalam hidup tanpa sesekali menjeling kebelakang barangkali sama dan semakin hampir kita dengan gejala kederhakaan. Yang boleh mengundang lupa pada asal-usul dan sejarah bermula hidup kita.

Satu-satunya yang masih segar di ingatan. Ketika memenangi Pertandingan Bakat Seni Suara. Masa tu tingkatan satu di SMSMS (Sekolah Menengah Sultan Muhammad Shah Parit). Manisnya masih lagi terasa kerana berjaya menundukkan pelajar dari tingkatan lima. Yalah tingkat satu masa suara masih best nak tarik. Masa tu glamor lah sekejap. Samseng sekolah pun boleh nyanyi-nyanyi lagu yang aku nyanyi tu bila aku lalu depan mereka. Wah... masa tu saham tinggi. Ramai awek beri surat dan berkirim salam. Tapi kita jual mahal lah sikit.

Semenjak itu semuanya bagaikan serba menjadi. Pelajaran pun berjalan dengan cukup baik di samping aktiviti berpengakap yang aktif setiap hujung minggu. Diikuti dengan jamming di studio dengan kawan-kawan yang berkongsi minat yang sama.

Kini setelah bekerja. Aku akui sesekali mengulangi juga minat yang sama. Seboleh mungkin dari sudut hati yang paling dalam aku ingin mengurangkan/menghilangkan aktiviti nyanyi-nyanyian dan bermain alat muzik setelah mengalami simptom kehilangan suara selama hampir 3 bulan pada tahun lalu. Aku menitiskan air mata apabila gagal mengeluarkan sebarang suara dari setiap petikan gitar yang aku alunkan. Masa itu aku mengalami petanda akan tidak boleh berkata-kata mungkin untuk selama-lamanya. Itu peristiwa hitam yang aku lalui pada tahun lalu.

Ada kawan-kawan bertanya mengapa tidak jamming bila balik kampung. Mengapa tak penuhi undangan menyanyikan lagu-lagu puisi. Mengapa dan mengapa.

Di Kelantan tempat aku bekerja, Persatuan penulis seperti PPK dan GEMA banyak kali mengundang menyanyikan lagu puisi. Semalam Sdr. Maarof Seman dari Pejabat Kebudayaan Terengganu juga berhajat serupa. Sdr Azlee Lee di Pekan Pahang juga berhasrat yang sama. Tetapi dukanya suara kita sudah tidak seperti dahulu. Alangkah seronoknya jika suara kekal seperti zaman sekolah-sekolah dahulu....

SEMUANYA TINGGAL MENJADI KENANGAN MANIS.

No comments:

Arkib