14-17 Julai 2007 berlangsung program siri bimbingan penulisan kreatif Puisi dan Cerpen untuk penghuni penjara Pengkalan Chepa Kelantan. Aku tidak pernah masuk/melawat penjara. Jadi kesempatan ini kesempatan yang serba baru dan lain.
Pengarah penjara Pengkalan Chepa sendiri membawa aku ke beberapa lokasi bengkel dalam kawasan penjara. Antaranya bengkel rotan, bengkel kimpalan, bengkel jahitan, bengkel tanaman, bengkel ternakan ikan dan bengkel ukiran kayu. Semua ini diusahakan oleh penghuni/banduan. Mereka dibayar gaji serendah 30 sen sehari. Hasil gaji itu digunakan oleh mereka untuk membeli keperluan lain seperti makanan tambahan seperti mi segera dan lain-lain.
Paling mengharukan hasil kerja mereka adalah hasil kerja kelas pertama. Dan aku berasa cukup kagum kerana terdapat tempahan khas dari TYT Pulau Pinang.Set bilik tidur dari cengal berukir indah berharga sekitar RM 3,000.00 telah siap dibungkus untuk dihantar ke Pulau Pinang. Cukup cantik dan berseni!
Menilai dan meneliti karya daripada penghuni ternyata hasilnya diluar jangkauan. Mereka bercerita tentang ketelanjuran dan pedoman masa depan. Yang menimbulkan tunjang keinsafan. Jika ada peruntukan aku ingin mencadangkan kepada pengarah DBPWT agar hasil karya mereka diterbitkan dalam bentuk offset. Jika menjadi kenyataan bolehlah aku namai kumpulan puisi tersebut Di Wakaf Insaf.

No comments:
Post a Comment