Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

15.5.07

PENEROKA BANDAR

Semalam aku tengok cerita Peneroka Bandar di kaca TV. Tersentuh melihat paparan tersebut. Bagaimana mereka terpaksa lena di kaki lima-kaki lima di sekitar ibu kota. Tersentuh hati juga apabila ada sekumpulan sukarela menyediakan makanan pada setiap petang untuk mereka di kawasan tertentu.

Menginsafi diri yang serba kurang. Keselesaan tidur yang kita kecapi hari ini rupanya terlalu jauh jika dibanding dengan mereka. Tidak kata orang lain tetapi diriku sendiri. Jika kerja luar kita tidur di hotel-hotel. Kadang-kadang kita boleh pilih pula hotel itu tak best dan hotel ini best. Bab tidur sebenarnya aku tak kisah sangat. Asal bersih. Kalau dulu jadi pengakap Diraja aku pernah tidur di atas pokok dan kalau baik sikit dalam khemah. Tak dikira nyamuk dan agas. Tak dikira kalau hujan atau ribut melanda.

Semasa menunggu isteri bersalin beberapa bulan lalu. Aku tersentuh apabila melihat kakak di sebelah katil dengan perut memboyot enggan tidur di atas katil sebaliknya menghampar tikar dan tidur di lantai hospital. Apabila ditanya mengapa, katanya tak selesa! Kebiasaan itu sebenarnya membentuk keselesaan. Itulah sebabnya ada orang selesa tidur di atas lantai dari tidur di atas katil! Demikian dalam hidup kita jangan jadi terlalu melampau dengan memilih keselesaan yang bukan-bukan. Aku menginsafi diri yang lahir di atas tikar mengkuang. Bukan lahir di atas kesenangan dengan limpahan kewangan.



Minggu lepas kami ke Pulau Pinang. Ada persembahan lagu Dialek Kelantan depan TYT Pulau Pinang. Kumpulan kami dinamai Awang Gedebe. Awang Gedebe selalu disinonimkan dengan orang yang ganas dan samseng. Tetapi jika ditafsir lagi Awang gedebe sebenarnya adalah insan yang serba berkebolehan. Dianggotai oleh Aku (Orang Perak), Sharrul (Orang Perak), Osman (Orang Siam), Mat Rani (Orang Kelantan) dan Aziz (Orang Jawa) yang semuanya staf di DBP Wilayah Timur.

Jika ingin lihat gambar silalah ke blog sharrul: www. Sharrulrizal.blogspot.com

No comments:

Arkib