Kita boleh sahaja dalam sesuatu bulan mendapat duit yang banyak. Dan kita sedar duit itu begitu cepat habis. Padaku duit itu sama sekali tidak berkat.
Pada bulan yang lain. Kita mendapat duit yang dikira hanya cukup-cukup sahaja. Tapi entah bagaimana duit tu terasa kekal dan tetap berbaki sehingga hujung bulan. Anehnya boleh beri mak ayah di kampung, boleh beri adik2 yang keperitan baru belajar hidup di Universiti dan boleh beramal jariah dengan berderma untuk yang memerlukan. Ah! Alangkah indahnya!
Biarlah aku tak banyak duit. Tapi duit yang sedikit itu lambat habis dan penuh keberkatan. Tuhan tunjukkanlah dan halakanlah aku sentiasa kepada punca jalan rezeki yang halal.
No comments:
Post a Comment