Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

14.12.06

Gitar

Ada sesuatu yang benar-benar nostalgik apabila aku melihat gitar. Balik kampung bulan lepas aku hampir-hampir nak pengsan apabila lihat gitar elektrik jenama Ibanez merah lengkap dengan gajet berada dalam rumah. Mulanya aku taklah berapa kisah sangat sebab adik dari UIA memang selalu pinjam gitar elektrik kawan. Kadang-kadang biru, Kadang-kadang hitam. Aku menumpang saja ‘goreng’ dua tiga lagu. Tapi yang ni aku tengok pelik sikit dia jaga sikit punya baik. Sayang bebeno.

Bila aku risik rupanya dia beli gitar tu. Seribu Lebih. Menung panjang aku.

Adik kata kolej selalu ada persembahan. Dapatlah sikit duit. Duit tu dia buat modal beli gitar tu. Senang nak berlatih. Menung panjang lagi aku.

Lantas aku pesankan nasihat persaudaraan: Jangan lupa pelajaran sudahlah. Aku tengok juga keputusan periksanya baik-baik belaka. Alhamdulillah.

Balik raya haji ni dah berjanji nak jaming. Raya Aidilfitri tak berkesempatan kerana aku sakit. Seronok apabila kita masuk studio usung gitar sendiri. Semangatnya berlainan. Main pun lebih penghayatan. Walau apapun minat seni memang takkan boleh berdiam diri. Ia akan bergelodak waktu demi waktu... Kita perlulah tahu mengemudikannya dengan sebaik mungkin.

No comments:

Arkib