Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

23.11.06

hujan dan kegiatan

Hujan di Kota Bharu dalam minggu ini nampaknya tidaklah turun sehebat tahun lalu.Syukurlah kerana jika tidak banjir besar tahun ini di pantai timur. Jika berterusan tidak hujan dapatlah menjalankan beberapa kegiatan sastera yang dijadualkan sehingga ke hujung tahun. Pengalaman tahun-tahun lepas, banyak program tidak dapat dijalankan kerana banjir.
Program sastera sehingga ke hujung tahun ini tidak banyak kerana telah cuba aku langsaikan sejak awal tahun lagi. Kalau ikut SKT (Sasaran kerja tahunan) dah melebih-lebih dah kegiatan dibuat. Jika ada lebih sumber kewangan aku tak berapa suka untuk mengembalikanya ke ibu pejabat. Sumber kewangan itu harus dimanfaatkan dengan pelbagai kegiatan yang meriah dan berjaya.
Pementasan Drama Sebabak/Monolog akan berlangsung pada 23.12.06. Dua kumpulan drama akan mementaskan karya mereka di DBPWT. Sebuah karya dari DBP Wilayah Selatan dan sebuah lagi dari DBP Wilayah Timur. Selepas Pementasan, siri Wacana Teater akan berlangsung. Saudara Khalid Salleh sudah memberi persetujuan untuk hadir dan membentangkan kertas kerja. Program ini dirancang bersama DBPWT-DBPWS. Tahun ini DBPWS ke Kelantan. Tahun depan DBPWT pula ke Johor. InsyaAllah.

No comments:

Arkib