Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

28.11.06

Dewan Sastera, Disember 2006


Disember pun akan datang menutup tirai 2006. Klisenya apabila kita akan kembali bercakap tentang azam tahun baru 2007. Walau apapun keazaman dan cita-cita amat penting dalam roda hidup. Sementara keazaman dan cita-cita yang cuba tidak dilaksanakan sedang kita pada waktu itu cukup mampu aku namakan ia kecelaan. Kecelaan hidup yang sengaja dibuat dan diada-adakan.

Syukur kepada Tuhan kerana dalam arena puisi, karya telah dapat disiarkan di Majalah Dewan Sastera Disember 2006. Setelah beberapa musim cuba menembusi kekebalan di majalah elit ini, dan sebenarnya hampir berputus asa. Akhirnya adalah juga sebuah puisi karya penulis kecil yang tersimpan dalam majalah elit kesusasteraan tanah air tahun ini. Terima kasih Tuhan!

Aku teringat kata-kata Saudara Awang Abdullah beberapa bulan sebelum kutulisi entri ini. Katanya pilihlah satu tahun tertentu, dan lambakkan karya penulisan kita di akhbar dan majalah. Jika banyak yang berjaya ditembus kita akan dikenali penulis dan dikenali sebagai penulis.

Tahun ini tahun puisi. Karya telah disiarkan di Berita Minggu, Pelita Bahasa, Tunas Cipta (Majalah yang bakal ditiadakan), Dewan Sastera, dan agak banyak juga di Mingguan Malaysia.

Adakah aku telah dikenali penulis dan dikenali sebagai penulis?

3 comments:

sahrunizam abdul talib said...

tahniah kerana berjaya menembusi hati editor ds puan rozninah. memang tahun 2006 milik sdr. prolifik sungguh!

salam.

Fahd Razy said...

Tahniah abg Azam! =D

Syaidul Azam Bin Kamarudin said...

Terima kasih cikgu sahrun dan Fahd Razy.

Arkib