Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

9.10.06

Mengembalikan Ilusi

Tulisan Siti Jarum di Akhbar Mingguan Malaysia semalam memang benar. Beliau mengatakan bahawa setiap kali tiba hari raya kita akan dimeriahi dengan lagu-lagu raya. Tetapi lagu raya nyanyian Saloma dan P. Ramlee tetap menjadi pilihan berbanding lagu-lagu raya yang baru. Mengapa? Mengikut Siti Jarum, Lagu Dendang Perantau umpamanya bisa membawa kita merantau ke zaman silam dan mengembalikan semula ilusi kita pada zaman itu. Keindahan zaman itu seperti satu-satu datang bertamu di pemikiran kita. Keriangan, kemeriahan, kesedihan dan kesyukuran. Sememangnya lagu mempunyai nilai emosi yang cukup sukar dimengertikan.
Semalam CD kump.DAT telah selamat aku terima. (Ribuan terima kasih diucapkan kepada Sharrul kerana membantu menemuinya) Ia dipasarkan pada tahun 1996. Kini aku berada di penghujung tahun 2006 dan usianya sudah hampir sepuluh tahun. Bila mendengar satu demi satu lagunya aku seperti terbang kembali ke umur 18 tahun. Belajar di sekolah, mengadakan persembahan di rumah orang kahwin, bermain muzik di studio bersama adik dan kawan-kawan.Benar kata Siti Jarum...aku telah berjaya merantau di daerah masa yang begitu jauh kutinggalkan. Sedang aku masih begini... tanpa mencipta pembaharuan dan pencapaian yang membanggakan!

No comments:

Arkib