Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

5.10.06

Penemuan dan Pujian

PENEMUAN.
Aku diberitahu oleh sdr. Sharrul pada kelmarin melalui SMS." Member aku dah dapat cari CD DAT tu. Nanti dia pos."
Dah lama benar aku mencari CD dan kaset DAT. Malah boleh dikatakan setiap kali lalu di kedai kaset aku akan masuk mencari. Kadang2 di kedai yang sama, pada hari-hari yang berbeza aku masuk bertanya dan mencari. Masih hampa.
Setiap kali keluar berurusan rasmi di KL,Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak atau pulang ke kampung di Johor dan Perak aku tetap setia di kedai2 kaset. Oleh kerana lagu2nya itu pernah disiarkan di radio aku cuba pula mencarinya di stesen2 tersebut.Pernah juga aku meminta tolong kawan2 juruhebah radio di Kelantan dan Terengganu. Pernah juga aku mintak tolong dari ZIZI(Norazeeda Nordin), rakan sekolej semasa memegang jawatan Exco Tertinggi Pelajar Kolej Ke-5 UPM Serdang yang kini bertugas sebagai juruhebah di stesen Radio ERA.FM. Semuanya tidak berhasil. Pernah juga terfikir nak cari di SURIA RECORDS, syarikat yang menerbitkan album, nyata aku tidak sanggup kesana.Setelah hampir sepuluh tahun berlalu rasanya aku telah hampir menemui kegagalan.
Sehinggalah Sharrul memberitahu kelmarin....
Syaidul:Sesuatu yang kita rasa tidak berharga lagi kerana kedukaan dan kehampaan cita-cita, sebenarnya amat bermakna dan bererti pada suatu masa mendatang.
PUJIAN
Kalau ditanyakan orang apakah yang paling aku gusar jawapannya ialah pujian. Entah mengapa aku begitu takut dengan pujian. Padaku pujian layaknya untuk Tuhan. Kita Manusia biasa, sekadar-sekadar sahaja. Begitupun aku amat takut juga dengan tempelakkan. Aku sedayanya mengelak pujian dan tempelakkan. Oleh itu aku suka menjadi yang neutral. sedang2 sahaja.
Syaidul: Bukan sengaja aku merahsiakan cinta, kerana curiga kau kan tersalah sangka, kerana kita rasa bangga bila dipuja, dan rasa keji bila dihina-lagu DAMASUTRA

2 comments:

Nisah Haji Haron said...

Syaidul,
Gambar dan keratan akhbar dah dapat. Hari itu ada SMS, tapi SMS tu tak masuk. Terima kasih.

ikhlas,
Nisah Hj Haron

Syaidul Azam Bin Kamarudin said...

salam,
Terima kasih.

AZAM DBPWT Kelantan.

Arkib