Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

25.9.06

Muzik Ramadan


Ramadan mengingatkan juga aku kepada zaman persekolahan remaja yang manis. Bermain muzik di studio, jamming bersama-sama kawan sebelah kedai bundle tepi sungai dan mencari kord lagu green day, Nirvana, search, BPR, def gab c, dll. Setelah kerap mengakrabi pakcik-pakcik di Madarasah Merah, ketika bersolat jemaah ada yang merubah kebiasaanku terhadap muzik. Ada seorang bekas guruku, juga ahli jemaah pernah menasihati. Ringkas katanya "Bulan puasa ni janganlah bermain muzik."
Setelah itu aku pulang dan memikirkan. Gitar yang tersangkut di dinding aku cabut satu-satu talinya.Simpan sehingga Syawal. Menghormati Ramadan yang wangi dengan keberkatan.

2 comments:

Hani said...

Salam.

Selamat menggandakan ibadah di bulan Ramadhan (saya suka eja begini, walau ejaan sebenarnya 'Ramadan'). :)

Makin kerap saya nampak karya sdr di akhbar :)

-HaniHamsyari-

Syaidul Azam Bin Kamarudin said...

Terima kasih Hani...Selamat berpuasa.

Arkib