Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My photo
Leluhur, tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. Sajaknya Waktu Emas memenangi tempat pertama pertandingan menulis puisi kualiti anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya Tiga Jalur Kasih memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2009 kategori cerpen remaja dan telah diterbitkan dalam antologi cerpen berjudul Batu-Batu di Jalanan dan Puisi Setia Bahasa memperoleh hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Negeri Johor. Pada tahun 2012 terpilih mengikuti Program Penulisan Sasterawan Muda MASTERA (Majlis Sastera Antarabangsa) XV di Anyer Banten Indonesia. Meminati fotografi dan muzik.

15.10.12

Konvokesyen UPM ke 36 (Master of Arts)

Ya Rabb, sungguh aku bersyukur atas kurniaan-Mu. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian bagi Allah SWT selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Dengan keizinan-Nya jualah dapat saya menyempurnakan amanah dalam penulisan ini. Pertamanya ingin saya merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada YBhg. Prof. Madya Dr. Hajah Samsina Hj. Abd. Rahman atas keikhlasan pandangan, kesabaran layanan dan sentiasa menunjukkan denai perjalanan. Segalanya tidak terbanding dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baiknya. Semoga terus diberikan Allah SWT, kekuatan minda, kesihatan yang sempurna dan ketenangan fikiran dalam perjuangan membimbing anak bangsa menimba pengetahuan. Seterusnya sekalungan terima kasih buat YBhg. Prof. Madya Dr. Arbaie Sujud selaku Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Tesis. YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Zariat Abdul Rani selaku Pengerusi Peperiksaan Tesis. YBhg Dr. Kamariah Kamarudin dan Dr. Nik Rafidah Nik Muhamad Effendi selaku Pemeriksa Dalam yang telah setia memberi rangsangan dan saranan dalam usaha menyiapkan tesis ini. Sekuntum terima kasih buat isteri yang sentiasa mengerti, Kamsiah Shufaat @ Mohd dan anak-anak, Muhammad Insanul Kamil dan Insanul Iman yang menjadi sumber inspirasi. Terima kasih juga kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atas kepercayaan memikul dan melunaskan amanah ini serta membiayai pengajian saya selama dua tahun. Terima kasih yang tidak terhingga ingin dirakamkan buat penyair yang dihormati Y. Bhg Dato’ Haji A. Aziz Deraman yang mengizinkan saya mengkaji puisi-puisi beliau. Ucapan terima kasih juga kepada Y. Bhg. Dr. Zurinah Hasan atas setia persahabatan dan kiriman bahan rujukan yang sangat berguna untuk kajian ini. Akhir sekali terima kasih buat para guru saya, pensyarah, rakan penulis serta karyawan yang sentiasa bertukar idea dan fikiran- Syaidul Azam Kamarudin

1 comment:

NASSURY IBRAHIM said...

Tahniah, semoga akan terus berjaya.

Arkib