Sera-Di Badai Asmara

Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.

Tentang Diri

My Photo
> Tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. > Menghampiri fotografi sebagai hobi sekiranya tidak bermain muzik atau memancing. Menggunakan NIKON D60 untuk tujuan kreatif ini.

15.3.11

HALAMAN SUMPAH

Dari asal benih
induk membentuk siur
lembangan subur
terusan leluhur.

Kuharap nanti bisalah
kau melatar tumbuh segar
pada kelopak kuntum
berputik sakti cepu ilmu mengharum
namun, maaf jua kauterima
saat gagal memelihara puspa pusakamu
menjalar seriosa asing
kau terpanah dusta berpaling
tanpa senyum
di dada
segunung lahar nestapa.

(Masih terasa seluruh tubuh kaku
tusukannya pedih pilu.)

Prahara berduri
penjarah hati
beristikrar keramat abadi
akal budi pernah kauasuh
kini mencabarbunuh
tunas cinta
dan segala.

Renungilah tafsir sejarah
berbuah kifarah khazanah
kasih yang terpunggah
di halaman sumpah.

SYAIDUL AZAM KAMARUDIN
PULAI INDAH, JOHOR.

MINGGUAN MALAYSIA
13 MAC 2011

1 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Sahabat,
Tahniah atas puisi unggul dan prolifik ini; Sahabat memang insan hebat berpaksikan sufi dan zuhud dalam penulisan.

Rakan

Arkib